Jumaat, Mac 27, 2009

Tahniah la...!!

Selesai sudah pemilihan pada perhimpunan agung UMNO bagi tahun 2009 dengan keputusan sebagaimana yang semua ketahui. Menjadi lumrah, ada yang mencapai impian serta tidak kurang yang memendam rasa. Sudah tentu ada yang mengambil peluang untuk memberi ucapan semangat perjuangan, ada juga yang menjual diri.

Tahniah kepada yang diberi amanah memikul tanggungjawab, begitu berani dan lantang bersuara agar perubahan serta peralihan kuasa disegerakan, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperolehi 1,575 undi. Ketua yang akan berundur pada Julai ’09 dicabar, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menang mejoriti 227 daripada 787 undian. Walaupun 486 daripada 790 tidak menyokong, tatapi Khairy Jamaluddin dengan 304 sokongan dinobatkan sebagai pemenang.

Pertandingan demi untuk memperjuangkan kedaulatan adalah kebaikan. Perbuatan menyamun pun dikatakan baik bagi sebelah pihak, contohnya Robin Hood membantu rakyat miskin. Sebaliknya menggunakan Al-quran sebagai muslihat amat dikesali, contohnya Bani Umaiyah memperolehi kemenangan.

Tercatat sejarah, memenangi peperangan dengan bilangan tentera satu pertiga lebih kecil dari pihak lawan. Perancangan yang bijak dengan menempatkan bala tentera di atas bukit untuk menentukan kemenangan, tewas semula sejurus kemudian kerana bala tentera rakus mengejar harta rampasan.

Hargailah orang lain sebagaimana mahu diri dihargai.

Jumaat, Mac 20, 2009

Apa Bezanya...?

Salam hormat…

Teringat peristiwa imam yang bermotosikal telah terlanggar lembu ketika dalam perjalan untuk menunaikan solat di masjid. Penternak menjadi sasaran cemuhan kerana membiarkan ternakan berkeliaran tetapi kepada imam, ianya merupakan dugaan dari yang maha kuasa. Pada waktu yang lain, penunggag motosikal melintasi masjid untuk pulang ke rumah ketika jemaah sedang bersolat juga ditimpa kemalangan sama. Peristiwa itu dijadikan perumpamaan balasan di muka bumi dari yang maha kuasa.

Mendengar cerita peristiwa lain, si ayah yang keletihan baru pulang bekerja, minum di sebelah tangga tiba-tiba gelasnya terlanggar oleh si anak yang pulang dari sekolah. Si anak dimarahi kerana tidak berhati-hati malah diumpamakan buta. Sebaliknya bila peristiwa ini berlaku pada si ayah, tetap si anak yang juga menjadi sasaran kerana minum di tempat yang tak sepatutnya.

Dingatkan sebutan Al-quran/ azan perlu mengikut tertib dan hukum agar maksudnya tidak berubah. Misalnya, “Allahhuakbar…” bermaksud "Allah maha besar" jika disebut “Allahhakbaaaaar…” maksud “Allah gendang besar”. Tapi di dalam khutbah, perkataan “kesinambungan” telah disebut “kesombongan”, Saranan agar mengusahakan tanaman & ternakan telah disebut "digalakan agar bercucuk, tanam ternakan, kambing & lembu".

Banyak hal ditegakan hanya dengan kepetahan berhujah, disertakan sedikit bayangan bukti telah memberi keyakinan seterusnya memikat. Seumpama juru jual mempromosikan produk, akhirnya pelanggang juga yang terbentak-bentak dan dipandang sinis kerana telah berbelanja besar untuk produk tersebut. Sedangkan terdapat produk seumpamanya lebih murah, malah lebih baik sedang dipasarkan di persekitaran.

Apa pun… bersatu teguh, bercerai roboh dan bertindaklah untuk kepentingan bersama.