Sabtu, April 24, 2010

Persatuan Lembu...?

Dari tinjauan, didapati banyak organisasi atau badan pertubuhan bermasalah pentadbiran hingga membawa kepada kelesuan. Kebanyakannya berpuca daripada tahap penerimaan terhadap idea yang dilontarkan samada ianya terlalu kehadapan atau telah agak lapuk dengan arus perkembangan serta keupayaan merencana dan melaksanakannya.

Ada pendapat menyatakan “lebih senang menjaga sekawan lembu daripada seorang manusia”, ungkapan ini diucap apabila wujudnya rasa kecewa akhibat keingkaran manusia di bawah seliaan mula terserlah.



Mereka ini seharusnya diimbas kembali dengan memberi kemahiran yang bersesuaian untuk menimba pengalaman sebelum diberi tanggungjawab yang lebih menyukarkannya. Mungkin dengan hanya mengikuti kelas atau bengkel tidak begitu berpadanan kerana jenis kumpulan ini sangat materialistik.

Langkah memberi subsidi atau bantuan ternakan lembu baka kepada barisan pertadbiran badan-badan sukarela (NGO) walaupun tiada kelayakan menternak, adalah bersesuaian. Ianya dapat memberi mereka peluang mengenal serta mempelajari tabiat, merawat dan mengenali majlis seterusnya memahami angan-angan untuk menjadi gembala yang bergelar penternak jaya.

Pengajaran daripada menjadi gembala lembu, mereka akan mendapat pengalaman melalui beberapa aktivi bersama ternakan berpeluang mengasuh diri seperti berdisiplin, merancang, merekacipta, melaksana, kawalselia, kesabaran, pengorbanan, bermesyuarat, menerima keputusan, perihatin dan banyak lagi... bila dah pandai jaga lembu, bolehlah dekatkan diri belajar lain-lain pulak...

Amatlah tidak bererti jika para gembala hanya memikirkan keuntungan dengan hanya merebut peluang untuk mendapatkan subsidi baka, makanan percuma dari kebun jiran, tandas bergerak ditaman-taman, lebih-lebih lagi apabila gembala sama saja dengan belaan. Bak kata orang macam "Lembu Kenyang”.

Rabu, April 14, 2010

Juarakan Keldai...??

Banyak kawasan telah pun melaksanakan program “Juara Rakyat” dengan tema tersendiri. Apa pun temanya, adalah bertujuan untuk mewujudkan kemeriahan program yang dianjurkan. Penglibatan jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi dengan pelbagai aktiviti berupaya mendorong mendekatkan lagi masyarakat dengan kerajaan tanpa mengira kefahaman parti.

Selain itu, aktiviti ziarah serta menghulurkan bantuan kepada warga emas dan daif diberi keutamaan. Turut juga disajikan dengan pelbagi permainan dan pertandingan serta hiburan, tidak diabaikan aktiviti keagamaan sebagai santapan. Tumbanglah lembu dan kerbau untuk menjamu selera sekelian yang hadir. Bertukus-lumuslah warga masyarakat, ada yang bergotong-royong tak kurang menyerahkan kepada kontraktor menyediakan apa yang perlu.

Bertugaslah warga penganjur dan jawatan kuasa dilantik bagi menjayakan program yang direncana. Ada yang membersih kawasan, menyediakan tempat, memasang lampu, merangka aktiviti dan sebagainya bagi menarik perhatian pengunjung. Pelbagai hadiah dan cenderahati disediakankan agar pengunjung tidak pulang dengan tangan kosong serta boleh dijadikan tanda kenang-kenangan Tuan rumahlah yang paling diberi penghormatan, malah ianya juga merupakan antara tanda pengukur kejayaan dari semua terlibat.

Amatlah menyedihkan apabila peluang di beri kepada pejuang keldai bagi memunggah, mengangkut serta menyeludup barangan yang sepatutnya diagihkan. Menukar tabiat makan kepada melampau-lampau, misalnya lauk kadar seekor lembu, hanya cukup untuk 200 orang sahaja. Apa tidaknya, orang-orang kuat (sebenarnya lalat je...) bawa balik dari daging hingga jadi lauk ke rumah masing-masing cukup untuk dimakan selama seminggu. Sumbangan yang sepatunya untuk warga daif bertukar tangan kepada jawatankuasa. Agihan tugasan tidak teratur malah membolot jawatan, tiba ketikanya tiada kemampuan. Sudah tentu urusan terbengkalai dan menjadi buah mulut, orang ramai yang menanggung akhibat.

Semoga program yang canang kesegenap pelusuk ini akan memberi lebih kebaikan khususnya untuk menyatukan masyarakat melayu. Melayu yang kini dah terdedah dengan keadaan selesa atau kedudukan ekonomi agak stabil akan mudah mendorong ke arah menjadi manusia lupa diri. Amatlah malang jika program ini akan menambah kebencian masyarakat kepada golongan di atas akan merebak kebenciannya kepada kepimpinan utama


JANGAN JADIKAN SENJATA MAKAN TUAN…!!

Ahad, April 04, 2010

Diulangi...bukan....sama sekali!

Pembangunan laman portal Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) adalah satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan adanya laman portal ini diharapkan komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era teknologi ICT. Projek Pusat Jalur Lebar Komuniti ini adalah inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta TM Berhad.


Antara Perkhidmatan Percuma Yang Disediakan:

  • Kelas Microsoft Office 2007
  • Khidmat Nasihat ICT
  • Membaca Berita Online
  • Mempromosikan Produk di Internet (IKS)
  • Portal-portal Kerajaan (Warga Emas)


Antara Perkhidmatan Berbayar Yang Disediakan:

  • Pendaftaran sebagai ahli PJK sebanyak RM5.
  • Baik pulih Komputer
  • Sewa tempat latihan
  • Print ( Hitam/Putih & Warna)
  • Binding
  • Fotostat
Klik sumber rujuk;

http://manekurai.pjk.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1&Itemid=1



PJK ini bukanlah kafe siber atau cyber cafe...diulangi...bukan....sama sekali!

Klik sumber rujuk;

http://bukitpuchong.pjk.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1&Itemid=1


Perbezaan diantara Cyber Café dan Pusat Jalur Lebat Kumuniti ialah, cyber cafe dikenakan bayaran sebaliknya Pusat Jalur Lebar kumuniti hanya dikenakan caj perkhidmatan. Perbandingan adalah sebagaimana berikut:


BUTIRAN

CYBER CAFE

PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI

PENDAFTARAN AHLI

TIADA

RM 5.00 (SEUMUR HIDUP)

INTERNET/ KOMPUTER

RM 1.50 /TIAP JAM

RM 1.00 (AHLI)
RM 1.50 (BUKAN AHLI)

FOTOSTAT

RM 0.10

RM 0.10

BINDING

RM 1.00

RM 1.00

SCAN

RM 0.80

RM 0.20

PRINT HITAM

RM 0.20

RM 0.30

PRINT WARNA

RM 0.80

RM 1.00

KELAS/ LATIHAN

BERBAYAR

PERCUMA

STATUS PREMIS OPERASI

SEWA

PERCUMA


Klik sumber rujuk;

http://batu19jeram.pjk.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1&Itemid=1


Semoga pengwujudan Pusat Jalur Lebar Komuniti akan memberi manafaat kepada masyarakat, bukannya meminjamkan bangunan (tanpa sewa) untuk mengurangkan kos syarikat perniagaan.