Sabtu, Mac 13, 2010

Telus & Tulus

Menjadi kelaziman, samada perkhidmatan atau barangan mahu diterima dari yang tulus serta pengagihan yang telus agar tiada kesangsian. Malah sekiranya tidak telus di dalam suatu perkara ianya akan dikaitkan dengan tidak tulus.
Telus sangat diperlukan jika ada sifat keraguan yang menebal di jiwa. Penyebabnya mungkin kerana pernah terpedaya atau pernah memperdaya. Maka sudah tentu jika telus, akan memberi keyakinan serta kepuasan.

Namun begitu, telus disebalik kanta boleh memperdayakan kepada yang taksub serta tidak memikirkan tentang logik dari apa yang telah dipaparkan. Walaupun ianya hanyalah sebuah pertunjukan sekadar untuk menghiburkan.

Yang menariknya telus dan tulus selalunya permohonan untuk lihat segala kandungan pihak lain. Tak pulak bersedia untuk berbuat demikian bagi pihak sendiri, berbagai alasan dan fatwa yang diberi untuk tegakkannya.

Telus yang mengaibkan dan tulus yang akan dipermainkan oleh keinginan pihak disaluti kejahilan, akan membawa kepada kerugian serta memberi kesal berpanjangan.

Jika telus hanya untuk dijadikan ruang tontonan, tulus memberi laluan untuk diperdayakan, alamatnya saham akan terjumam...!!

Tiada ulasan: