Sabtu, April 24, 2010

Persatuan Lembu...?

Dari tinjauan, didapati banyak organisasi atau badan pertubuhan bermasalah pentadbiran hingga membawa kepada kelesuan. Kebanyakannya berpuca daripada tahap penerimaan terhadap idea yang dilontarkan samada ianya terlalu kehadapan atau telah agak lapuk dengan arus perkembangan serta keupayaan merencana dan melaksanakannya.

Ada pendapat menyatakan “lebih senang menjaga sekawan lembu daripada seorang manusia”, ungkapan ini diucap apabila wujudnya rasa kecewa akhibat keingkaran manusia di bawah seliaan mula terserlah.



Mereka ini seharusnya diimbas kembali dengan memberi kemahiran yang bersesuaian untuk menimba pengalaman sebelum diberi tanggungjawab yang lebih menyukarkannya. Mungkin dengan hanya mengikuti kelas atau bengkel tidak begitu berpadanan kerana jenis kumpulan ini sangat materialistik.

Langkah memberi subsidi atau bantuan ternakan lembu baka kepada barisan pertadbiran badan-badan sukarela (NGO) walaupun tiada kelayakan menternak, adalah bersesuaian. Ianya dapat memberi mereka peluang mengenal serta mempelajari tabiat, merawat dan mengenali majlis seterusnya memahami angan-angan untuk menjadi gembala yang bergelar penternak jaya.

Pengajaran daripada menjadi gembala lembu, mereka akan mendapat pengalaman melalui beberapa aktivi bersama ternakan berpeluang mengasuh diri seperti berdisiplin, merancang, merekacipta, melaksana, kawalselia, kesabaran, pengorbanan, bermesyuarat, menerima keputusan, perihatin dan banyak lagi... bila dah pandai jaga lembu, bolehlah dekatkan diri belajar lain-lain pulak...

Amatlah tidak bererti jika para gembala hanya memikirkan keuntungan dengan hanya merebut peluang untuk mendapatkan subsidi baka, makanan percuma dari kebun jiran, tandas bergerak ditaman-taman, lebih-lebih lagi apabila gembala sama saja dengan belaan. Bak kata orang macam "Lembu Kenyang”.

Tiada ulasan: