Rabu, April 14, 2010

Juarakan Keldai...??

Banyak kawasan telah pun melaksanakan program “Juara Rakyat” dengan tema tersendiri. Apa pun temanya, adalah bertujuan untuk mewujudkan kemeriahan program yang dianjurkan. Penglibatan jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi dengan pelbagai aktiviti berupaya mendorong mendekatkan lagi masyarakat dengan kerajaan tanpa mengira kefahaman parti.

Selain itu, aktiviti ziarah serta menghulurkan bantuan kepada warga emas dan daif diberi keutamaan. Turut juga disajikan dengan pelbagi permainan dan pertandingan serta hiburan, tidak diabaikan aktiviti keagamaan sebagai santapan. Tumbanglah lembu dan kerbau untuk menjamu selera sekelian yang hadir. Bertukus-lumuslah warga masyarakat, ada yang bergotong-royong tak kurang menyerahkan kepada kontraktor menyediakan apa yang perlu.

Bertugaslah warga penganjur dan jawatan kuasa dilantik bagi menjayakan program yang direncana. Ada yang membersih kawasan, menyediakan tempat, memasang lampu, merangka aktiviti dan sebagainya bagi menarik perhatian pengunjung. Pelbagai hadiah dan cenderahati disediakankan agar pengunjung tidak pulang dengan tangan kosong serta boleh dijadikan tanda kenang-kenangan Tuan rumahlah yang paling diberi penghormatan, malah ianya juga merupakan antara tanda pengukur kejayaan dari semua terlibat.

Amatlah menyedihkan apabila peluang di beri kepada pejuang keldai bagi memunggah, mengangkut serta menyeludup barangan yang sepatutnya diagihkan. Menukar tabiat makan kepada melampau-lampau, misalnya lauk kadar seekor lembu, hanya cukup untuk 200 orang sahaja. Apa tidaknya, orang-orang kuat (sebenarnya lalat je...) bawa balik dari daging hingga jadi lauk ke rumah masing-masing cukup untuk dimakan selama seminggu. Sumbangan yang sepatunya untuk warga daif bertukar tangan kepada jawatankuasa. Agihan tugasan tidak teratur malah membolot jawatan, tiba ketikanya tiada kemampuan. Sudah tentu urusan terbengkalai dan menjadi buah mulut, orang ramai yang menanggung akhibat.

Semoga program yang canang kesegenap pelusuk ini akan memberi lebih kebaikan khususnya untuk menyatukan masyarakat melayu. Melayu yang kini dah terdedah dengan keadaan selesa atau kedudukan ekonomi agak stabil akan mudah mendorong ke arah menjadi manusia lupa diri. Amatlah malang jika program ini akan menambah kebencian masyarakat kepada golongan di atas akan merebak kebenciannya kepada kepimpinan utama


JANGAN JADIKAN SENJATA MAKAN TUAN…!!

Tiada ulasan: