Selasa, Mac 30, 2010

Bila Tiba Saat Kelaparan

Di pendalaman, terpaku dengan keindahan, jauh dari kekotoran.





Bila bongkak iringi perjalanan,
Bila tandus hamparan santapan,
Bila minda disalut keangkuhan,
Manusia akan jadi hidangan.




Bila susut nilai kebudayaan,
Bila kurang akal dan fikiran,
Bila nafsu corakan kehidupan,
Nyata ia seumpama haiwan.




Bila takhta menjadi igauan,
Bila hasat tersemat di ingatan,
Bila kesumat dorong haluan,
Halal segala dikala kesempitan.




Bila telagah jadi kebiasaan,
Bila dibela yang bersalahan,
Bila persenda hal kebaikan,
Pasti rugi akan berkekalan.




"Tiada wang, minta makan - Ada wang, belanja makan - Banyak wang, makan..."

Sabtu, Mac 13, 2010

Telus & Tulus

Menjadi kelaziman, samada perkhidmatan atau barangan mahu diterima dari yang tulus serta pengagihan yang telus agar tiada kesangsian. Malah sekiranya tidak telus di dalam suatu perkara ianya akan dikaitkan dengan tidak tulus.
Telus sangat diperlukan jika ada sifat keraguan yang menebal di jiwa. Penyebabnya mungkin kerana pernah terpedaya atau pernah memperdaya. Maka sudah tentu jika telus, akan memberi keyakinan serta kepuasan.

Namun begitu, telus disebalik kanta boleh memperdayakan kepada yang taksub serta tidak memikirkan tentang logik dari apa yang telah dipaparkan. Walaupun ianya hanyalah sebuah pertunjukan sekadar untuk menghiburkan.

Yang menariknya telus dan tulus selalunya permohonan untuk lihat segala kandungan pihak lain. Tak pulak bersedia untuk berbuat demikian bagi pihak sendiri, berbagai alasan dan fatwa yang diberi untuk tegakkannya.

Telus yang mengaibkan dan tulus yang akan dipermainkan oleh keinginan pihak disaluti kejahilan, akan membawa kepada kerugian serta memberi kesal berpanjangan.

Jika telus hanya untuk dijadikan ruang tontonan, tulus memberi laluan untuk diperdayakan, alamatnya saham akan terjumam...!!

Rabu, Mac 03, 2010

Jangan Dijadikan Lembu


Kecoh... bercakap soal kehebatan dari hal lembu. Hanya yang ada lembu sahaja layak bercakap soal lembu. Ada yang dah mula mirip mencabar kewibawaan pihak lain setelah syok sendiri merasakan lebih hebat dari yang lain. Sebenarnya status mereka ini masih lagi lembu...!!

Tindakan tersebut ditegor kerana konon telah menggambarkan umat Islam tidak menghormati sensitiviti kaum beragama hindu yang memuliakan lembu dan berpotensi untuk mencetuskan ketengangan.

Sebagai penduduk di dalam sebuah negara yang masyarakatnya berbilang kaum juga agama, sudah tentu saling hormat-menghormati serta saling memahami sensitiviti masing-masing akan mewujudkan keharmonian hidup dalam bermasyarakat.

Bagi umat Islam, lembu ialah ternakan sembelihan yang halal. Ianya juga merupakan antara bahan makanan utama negara, malah ternakan ini juga dijadikan sebelihan korban.

Jika mengarakkan kepala lembu merupakan satu penghinaan, bagaimana pula dengan pembinaan kuil hindu di kawasan mejoriti masyarakat Islam? Bukankah ia memberi maksud penghinaan atau menganggap melayu Islam "Bodoh macam lembu" Adakah setelah dijadikan melayu seperti lembu, maka bolehlah melayu dimuliakan oleh puak-puak hindu di bumi melayu seperti memuliakan lembu?

Sementara itu ada yang tidak mengambil peduli dan hanya menganggap hal ini hanya perkara remeh. Ianya tidak patut berlaku kiranya masing-masing sudah sekian lamanya ketahui tentang perihal ini. Kenapa masih berlaku... mungkin kerana kejahilan, membawa pembaharuan ataupun saja buat-buat lembu?

Nampaknya kewibawaan melayu sering diuji keutuhannya bila saja ada pergolakan. kemanakah perjuangan yang dikatakan lebih islamik dalam menangani isu ini. Jika mejoriti hilang dek perpecahan kerana gilakan untuk berkuasa, sudah tentu suatu yang lebih hebat akan berlaku.