Sabtu, Mei 16, 2009

Selamat Hari Guru


Para guru merupakan acuan membentuk insan yang menjadi kebanggaan. Merekalah yang telah menghasilkan insan mulia yang cemerlang. Amalan mulia mu akan dikurniakan ganjaran.

Sesungguhnya beruntunglah para guru yang telah berusaha dan berjaya menjadikan pelajarnya sebagai guru. Berbahagialah siapa yang menghormati gurunya, semoga menjadi pelajar sentiasa mentaati para guru yang ikhlas mendidik.

Rugilah mereka yang pesongkan ajaran untuk diwarisi, seterusnya menjadi pegangan dan amalan generasi pelapis. Terpikullah beban selagi mana ajarannya diamalkan.

Tahniah dan syabas, semoga perjuangan para guru sentiasa diberi petunjuk dari yang Maha Esa.

2 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

terima kasih singgah di blog saya..ada masa kita YM pulak..

tq

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

Salam kerana mampir di blog saya. Selamat hari guru kerana masih ramai lagi yang berkhidmat untuk agama,bangsa dan negara.