Sabtu, Mei 30, 2009

Sketsa Atuk - Memilih Calon...

Sempena cuti sekolah, cucu-cucu dibawa pulang ke rumah atuk, sungguh ceria nampaknya mereka. Rupa-rupanya ada sketsa yang disampaikan...

Kisahnya, bapa yang mempunyai seorang anak gadis jelita, sedang mencari-cari calon menantu. Beliau inginkan seorang pemuda yang berakhlak baik, tuturkata yang baik (tentu sekali bukan GOMO), rupa paras baik, dipendekkan, nakkan semuanya yang terbaik. Tak lupa, yang paling penting beliau nakkan seorang pemuda yang tahu berbahasa arab.
Suatu pagi, si anak yang telah sedia maklum keinginan bapanya telah pulang bercuti bersama seorang pemuda. Sungguh sopan…, memakai serban (tapi bukan... padiyappa) dahinya ada sedikit lebam. Pemuda terus memeluk si bapa serta mengucup-ngucup pipi kiri dan kanan. Bahagianya si bapa… tapi itu masih belum cukup syaratnya. Tengahari, mereka sekeluarga membawa pemuda menikmati keindahan alam disebatang anak sungai yang sungguh nyaman.
Sambil bertenggek di atas batu, pemuda memancing di sungai yang sangat jernih serta dingin airnya itu. Tiba-tiba, kail pemuda tersebut tersangkut, “Ahhh….. Wal-Katbatu!” jerik pemuda. Sharipah menyangka kail mengena ikan, bingkas bangun dan menerpa kepada temannya, Melihat kepada Sharpah, pemuda bersuara, Ya Syari… Kul-Na'mai, Lakalakabaik, Wal-ne'batu, Al-Li'cin, Syari lakalakabaik…!!” Uuuups..... sharipah terjatuh, dengan pantas pemuda melompat ke sungai mendapatnya, mereka ketawa besar dan terus mandi-manda. Pak Wahid tersenyum memerhati...

Setelah solat sunat lepas asar mereka pulang, makan malam dengan hidangan yang sungguh menyelerakan. Pada malamnyan di bawah seri cahaya bulan, pemuda mendendangkan syair (lirik syair Asmaul Husna). Al-Wahid, Al-Dangkal, Al-Sohheh, Al-Bu’takayyu, Al-Bu’dur, Al-Summat, Ya-So'daala…!! Pak Wahid yang asyik mendengarnya pun berdengkur. Esoknya, lepas solat sunat subuh, mereka berkemas seterusnya diiringi pak Wahid berangkat balik ke kota.

Demikanlah kisahnya, kata atuk pada cucu-cucu yang asyik mendengarnya. Sejurus cucu-cucu bertanya, “atuk, sudahkah pak Wahid temui calonnya?”. Jawab datuk “entah la cu… kita tunggu saja la…!!”. Sebertar kemudian, nenek membawa minuman & juadah, mereka menjamu selera. Cucu-cucu berebut menceritakan semula sketsa atuk kepada neneknya. Mereka ketawa lagi…!!

3 ulasan:

Unknown berkata...

salam
sketsa yang menarik..sangat mendalam dan ternyata mengkritik secara halus..

ZHARIF

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

salam,

DAP dah baca sedikit sebanyak ayat Quran, memberi salam dan bertakbir. Tak lama lagi DAP tarik balik kata-kata Karpal Singh berkenaan hudud. Sahlah DAP adalah saudara Nik Aziz dunia akhirat. Hehehe

Lambo berkata...

Salam en Zharif & Amir;

Terkilan..., oleh sebab terlalu ghairah, sanggup mentakwilkan mengikut mengikut kehendak hati sendiri.

Adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu mencari-cari maksud mengikut selera hatinya.