Ahad, April 04, 2010

Diulangi...bukan....sama sekali!

Pembangunan laman portal Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) adalah satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan adanya laman portal ini diharapkan komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era teknologi ICT. Projek Pusat Jalur Lebar Komuniti ini adalah inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta TM Berhad.


Antara Perkhidmatan Percuma Yang Disediakan:

  • Kelas Microsoft Office 2007
  • Khidmat Nasihat ICT
  • Membaca Berita Online
  • Mempromosikan Produk di Internet (IKS)
  • Portal-portal Kerajaan (Warga Emas)


Antara Perkhidmatan Berbayar Yang Disediakan:

  • Pendaftaran sebagai ahli PJK sebanyak RM5.
  • Baik pulih Komputer
  • Sewa tempat latihan
  • Print ( Hitam/Putih & Warna)
  • Binding
  • Fotostat
Klik sumber rujuk;

http://manekurai.pjk.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1&Itemid=1



PJK ini bukanlah kafe siber atau cyber cafe...diulangi...bukan....sama sekali!

Klik sumber rujuk;

http://bukitpuchong.pjk.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1&Itemid=1


Perbezaan diantara Cyber Café dan Pusat Jalur Lebat Kumuniti ialah, cyber cafe dikenakan bayaran sebaliknya Pusat Jalur Lebar kumuniti hanya dikenakan caj perkhidmatan. Perbandingan adalah sebagaimana berikut:


BUTIRAN

CYBER CAFE

PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI

PENDAFTARAN AHLI

TIADA

RM 5.00 (SEUMUR HIDUP)

INTERNET/ KOMPUTER

RM 1.50 /TIAP JAM

RM 1.00 (AHLI)
RM 1.50 (BUKAN AHLI)

FOTOSTAT

RM 0.10

RM 0.10

BINDING

RM 1.00

RM 1.00

SCAN

RM 0.80

RM 0.20

PRINT HITAM

RM 0.20

RM 0.30

PRINT WARNA

RM 0.80

RM 1.00

KELAS/ LATIHAN

BERBAYAR

PERCUMA

STATUS PREMIS OPERASI

SEWA

PERCUMA


Klik sumber rujuk;

http://batu19jeram.pjk.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1&Itemid=1


Semoga pengwujudan Pusat Jalur Lebar Komuniti akan memberi manafaat kepada masyarakat, bukannya meminjamkan bangunan (tanpa sewa) untuk mengurangkan kos syarikat perniagaan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul tu lambo,

Tiada pelarasan dan ianya nampak lebih mirip kepada perniagaan.

Menggunakan bangunan tanpa dikenakan sewa tapi mengenakan caj perkhidmatan kepada pengguna setanding dengan perniagaan siber kafe. Malah lebih pun...!!

Pusat komuniti anjuran UMNO ada di banyak tempat menyediakan perkhidmatan lebih baik, rakyat didahulukan.