
Suasana bertambah ceria dengan pebagai fesyen dan warna-warni yang dipamerkan. Pendek kata semua raya, pakaian raya, kuih raya serta perhiasan raya. Bertukar-tukar juadah di pagi raya sesama jiran. Ada yang menyambut tetamu dengan cara menganjurkan rumah terbuka, ada juga yang berkonvoi merentasi jalanraya bagi mengunjungi saudara-mara dan sahabat handai tercinta. Tak kurang juga yang beraya di perantauan, di perbatasan dan sebagainya kerana tugas.
Oleh kerana puasa sebulan, ada yang beraya pun sebulan. Tapi ada juga hanya beraya pada 1 Syawal, kemudian berpuasa selama 6 hari (mulai 2 – 7 Syawal) dan beraya lagi pada 8 Syawal (Raya Enam). Paginya mereka berhimpun di pusara kaum keluarga dan sahabat handai serta sama-sama membersih, berzikir dan menjamu juadah raya. Di setengah tempat, hari "Raya Enam" disambut dengan lebih meriah dan bermakna berbanding raya aidilfitri.

Bagi yang berjauhan, kurang saudara-mara, kenalan dan jiran tetangga, mereka membawa anak-anak serta keluarga mengunjungi dan belajar berkenalan dengan warga di zoo negara.